MILAH mengikut suaminya berpindah tempat kerja dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Suaminya seorang eksekutif di sebuah syarikat petroleum dan Milah sendiri tidak bekerja. Memandangkan mereka baru berkahwin dan belum mempunyai anak, Milah merasa sunyi dan bosan tinggal seorang diri di rumah. Milah mencari kerja dan dipanggil untuk temu duga di sebuah syarikat tempatan. Pada hari temu duga Milah mengajak rakannya, Liza untuk menemaninya. Liza sudah menetap agak lama di Miri dan mahir kawasan sekitar.
Liza: Kita dah sampai ni. Tulah syarikat yang kau kata tu. Kat tingkat atas kedai perabot tu. Kaupergilah naik, biar aku tunggu kat bawah ni, sambil tengok perabot ni.
Setelah masuk ke pejabat tersebut, Milah berjumpa dengan seorang kakitangan yang duduk di meja paling depan di ruang pejabat terbabit.
Milah: Saya kena madah dengan dia ke? Kenapa kena bermadah?
Kakitangan: Sepatutnya cik datang esok, ni dah datang hari ini, saya rasa boleh juga interview, tapi kenalah madah dulu dengan Puan Noriah.
Milah: Tak pandai saya... bab madah-madah ni tak pernah saya buat. Kat sekolah dulu adalah juga sikit-sikit. Baiklah cik, saya keluar kejap, nanti saya masuk jumpa Puan Noriah tu.
Milah keluar dari pejabat berkenaan dan berjumpa dengan Liza yang menunggu di bawah.
Milah: Mampuih aku Liza, kau kena tolong aku.
Liza: Tolong apa pulak? Teruk sangat ke kerjanya?
Milah: Bukan pasal buat kerjalah! Aku tak interview pun lagi. Tersilap tarikh, esok rupanya bukan hari ni. Tapi staf tu tadi kata, boleh juga interview hari ni ,tapi aku kena madah dengan boss dia. Tempat ni peliklah. Boss tempat ni suka dengar orang bermadah. Dah tu nak madah yang kelakar pulak. Kalau sesiapa nak kerja sini, kena madah dulu dengan Puan Noriah tu. Ni yang aku tak reti ni. Kau dah lama kat sini, tentu boleh tolong aku mengarang madah yang kelakar nak baca kat mak cik tu nanti.
Liza:Memanglah kalau nak kerja sini kau kena madah dengan bossnya, dia yang nak ambik kau kerja. Apa masalahnya?
Milah: Kau pun sama, suruh aku buat madah. Orang yang meja depan tu tadi tak kelakar langsung! Meluat aku. Jomlah balik! Tak nak aku kerja kat sini ... jaga laki kat rumah lagi baik.
Dialek Melayu Sarawak
Kelaka = berkata (orang ketiga)
Ngelaka = berkata (orang kedua)
Madah = beritahu
Semadi = sementelah
Kitak = awak
Kamik = saya
Sumber : Berita Harian
ps : mewahnya bahasa

Milah; Selamat pagi, saya Jamilah Arshad datang untuk temu duga kerja di sini. Syarikat ni ada hubungi saya melalui telefon untuk ditemuduga hari ini.
Kakitangan : Oo, kitak orang baru yang hendak interview tu ya? Bos ada madah ka aku, tapi kelakanya kitak datang esok. Bukan hari ini.
Milah: Awak pun orang baru juga ke? Ingatkan saya sorang aje. Bos kita tu suka bermadah dan kelakar orangnya ya?! Tak sabar nak jumpa.
Kakitangan: Tak, kamik dah lama kerja sini, ada mun tiga tahun.
Milah: Tadi cik kata kita sama-sama orang baru yang nak interview. Tapi sekarang kata dah tiga tahun kerja sini.
Kakitangan: Kitak ngelaka apa ni?
Milah: Tak kelakarpun! (Dalam hati: Buat lawak sekupang pulak minah seko ni)
Milah: Saya kena madah dengan dia ke? Kenapa kena bermadah?
Kakitangan: Sepatutnya cik datang esok, ni dah datang hari ini, saya rasa boleh juga interview, tapi kenalah madah dulu dengan Puan Noriah.
Milah: Tak pandai saya... bab madah-madah ni tak pernah saya buat. Kat sekolah dulu adalah juga sikit-sikit. Baiklah cik, saya keluar kejap, nanti saya masuk jumpa Puan Noriah tu.
Milah keluar dari pejabat berkenaan dan berjumpa dengan Liza yang menunggu di bawah.
Milah: Mampuih aku Liza, kau kena tolong aku.
Liza: Tolong apa pulak? Teruk sangat ke kerjanya?
Milah: Bukan pasal buat kerjalah! Aku tak interview pun lagi. Tersilap tarikh, esok rupanya bukan hari ni. Tapi staf tu tadi kata, boleh juga interview hari ni ,tapi aku kena madah dengan boss dia. Tempat ni peliklah. Boss tempat ni suka dengar orang bermadah. Dah tu nak madah yang kelakar pulak. Kalau sesiapa nak kerja sini, kena madah dulu dengan Puan Noriah tu. Ni yang aku tak reti ni. Kau dah lama kat sini, tentu boleh tolong aku mengarang madah yang kelakar nak baca kat mak cik tu nanti.
Liza:Memanglah kalau nak kerja sini kau kena madah dengan bossnya, dia yang nak ambik kau kerja. Apa masalahnya?
Milah: Kau pun sama, suruh aku buat madah. Orang yang meja depan tu tadi tak kelakar langsung! Meluat aku. Jomlah balik! Tak nak aku kerja kat sini ... jaga laki kat rumah lagi baik.
Dialek Melayu Sarawak
Kelaka = berkata (orang ketiga)
Ngelaka = berkata (orang kedua)
Madah = beritahu
Semadi = sementelah
Kitak = awak
Kamik = saya
Sumber : Berita Harian
ps : mewahnya bahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment