PUDING KUKUS DELIMA ISTANA

ambik dr MASAM MANIS .
thanks tuan blog yer...

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA

by: Kak Wan @ Resepi Citarasawan
Sumber : kak Ummi

Bahan-bahan
  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: akak letak 450 gm je)
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
  1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
  2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
  3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
  4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
  5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
  6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*akak pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)

Pesanan Penaja...hehee : Kalau family x ramai tu buat separuh adunan cukuplah sebab resepi ni menghasilkan untuk 1 kampung makan...wakakakaa...Pastu kalau dah x banyak dan rajin tu, elok lah dikukus dalam acuan kecik2, lagi senang xyah potong2...Kalau dalam loyang cam akak ni, susah sikit nak potong, x lawo le....tp rasa menteeeennnn...best gilosss! Sesuai gak tambah lemak..hahaha


Resepi kat atas ni mmg ita copy sebijik2 dari dapur kak Ummi. Ita cuma buat 1/2 dari adunan asal. Ita tambah 1 sudu besar tepung kastard untuk menghilangkan rasa telur. Ita rendam agar2 tali tu semalaman jadi masa mengukus ita kurangkan juga kepada 1 jam. Ita letak dalam loyang 3 segi. Mudah sikit nak potong kerana agar tu dah lembut. Tapi pastikan agar2 benar2 sejuk dan simpan dalam peti ais sekurang2nyer 4 jam supaya mudah kita nak potong nanti.

Misi Kuih Raya 2011

Alhamdulillah... entry Mission...coming soon hampir menjadi kenyataan..
Oven dan Mixer dh beli... thanks to enche hubby..... bahan2 jer beli skit2.. kuih2 / kek yg display kat entry tu lum berjaya dibuat... tp.. kuih2 lain dah berjaya.. yahoooo...
nk upload x leh plak.. bluetooth problem..cable phone-pc x lupa bwk plak...alasan jer tuu... hehhehe...
Kuih pertama... kuih dahlia... sgt2 cantik... besar2 saiznya...
kuih kedua... tart nenas... br rs sebijik.. enche hubby ckp sedap... nk rs bnyk2 x leh sbb inti nanas.. ( lps bersalin ni nanas2 lum mkn...air batu dh bedal x ingat dunia.... klu mak tau siap arrr... )

gmbr kuih coming soon... i promise niii... hahhahha


skarang berminat ngan homemade chocolate... tp...mna nk beli coklat compund ngan mould coklat tuu...