Diari Kehidupanku #1 : Sy dh 19W

Salam semua..
hari ini ibu sy pegi check perut lg. Kiraan sy dalam perut ibu sekarang adalah 19w3D. Belum sampai 5 bulan pon lg saya rupanya. Nampak ibu sy dh letih...huhu..kesian ibu.
Sekarang ibu kena monitor sbb hB ibu low ( last check 10.1) dan berat ibu naik mendadak , kira-kira 1.2kg dalam sebulan. Hari ini nurse KK, ibu panggil k.wani jer , tak check hB pon, just check perut , BP dan timbang berat ibu jer. Berat ibu hari ini 47 kg, last checkup 2 minggu lepas 45.1kg.. aiyoo... berat ibu naik bnyk lagii.. ( berat sy ke tuuu...hihihi..) lately ibu mmg berselera makan. Tp yg nurse pelik walaupun berat ibu naik .. tp why hB low.. semalam ibu makan 2 kali nasi lemak.. ( malam sajer tuu) ..siangnya makan nasi jugak.. hahhaa.. sy lah tu push2 ibu suruh makan...makan..dan makan lg..
Next appointment 8/3..

Balik dr KK, terus msk tghari ( ibu pegi check perut dah kul 11, hbs dh kul 12 lebih, mls masuk opis, so terus balik umah ). Ibu masak lauk simple jer pon - ikan singgang, ikan goreng, ulam, budu, air sirap, nasi putih -- td sy tengok ibu mkn nasi 1 senduk jer, ulam2 n ikan yg lebih.. ibu nk cuba kurangkan makan kot..

** sy sedang kicking2 perut ibu sy sekarang... hehehhe... takkan sy lapar lg **.

Perkembangan bayi ketika 19W

  • Rahim sudah mencecah pusat dan akan membesar lebih kurang 1cm/minggu. Ukuran fetus lebih kurang 6 inci@15 sentimeter panjang dari kepala ke punggung dan berat sekitar 240g.
  • Fetus mula menelan cecair amnion dan ginjal akan terus keluarkan kencing. Rambut atas kepala mulai tumbuh.
  • Semua deria mula berkembang; rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Penghasilan sel-sel saraf semakin perlahan kerana sel saraf sedia ada mula berkembang menjadi lebih kompleks. Jika kandung itu perempuan, telur sudah mula terhasil dan mula mencecah 1 juta telur menjelang kelahiran!
  • Ibu akan merasa pergerakan bayi dalam kandungan; tendang, berpusing, tunggang terbalik. Ini kerana bayi sedang membesar.Ada masanya jika dia terlalu aktif, ibu mungkin tidak dapat tidur.
  • 10 minggu ke hadapan ini, bayi akan sangat aktif dan akan mula menurun bila ruang rahim semakin sempit.

3 comments:

kehidupan sihat said...

tahniah kak :)

doakan nana jugak hamil bulan ni

salam perkenalan & jemput ke blog nana

-zalehaj- said...

InsyaAllah ..semoga doa nana dimakbulkannya.. aminn

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)