Bayi Menangis Pada Waktu Tertentu..

Susu sudah diberi,lampin sudah ditukar,perut pun tidak kembung,bayi anda kelihatanya sihat TETAPI kenapa ia asyik menangis tidak henti-henti tanpa sebab.Puas sudah dipujuk,masih tidak mahu berhenti ,ada juga ibubapa yang ,hilang kesabaran bila perkara seperti ini berlaku.Nasihat saya bersabar lah dan banyakkan beristighfar…..jangan dimarahi atau mengapa-apakan bayi anda sebab besar kemungkinan bayi anda di ganggu makhluk halus aka/jin/syaitan

Perlu di ingat,naluri seorang bayi jika tiada gangguan hanya akan tidur dan mahukan susu.Jika ia menangis pun atas sebab sakit dan kebiasaanya kembung perut.Selain daripada sebab-sebab ini bayi anda berkemungkinan di ganggu makhluk halus.

Bagi memastikan perkara ini,cuba anda perhatikan betul-betul beberapa tanda-tanda ini:-

1.Ada kah matanya melilau melihat sekeliling 
2.Adakah ia menangis tetapi tiada airmata
3.Menangis seolah-olah seperti di cubit, 
4.Menangis dalam keadaan takut, 
5.Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
6.Tidur di selang seli dengan tangisan
7.Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

Sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, kemungkinan besar bayi anda di ganggu makhluk halus

Setelah memastikan perkara ini,anda harus tingkatkan lagi kesabaran dan memohon perlindungan Allah SWT dan melakukan beberapa ikhtiar yang mungkin dapat membantu.

Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat

Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Jika anda tidak dapat melakukanya sendiri ,minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi sementara anda membaca ayat-ayat tadi diatas semangkuk air dan sapulah pada bayi (lakukan seperti mengambil wudu pada bayi) atau..

Ambil semangkuk air campurkan  3 keping asam keping..bacakan alFatihah 11 kali ,Selawat 11 kali dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi

InsyaAllah mudah-mudahan berjaya mengatasi gangguan makhluk halus/jin/syaitan 


SUMBER : RATU HATI DOT COM

2 comments:

zahanis said...

nice entry..info yg begitu menarik hehe... saya masih baru..kalau kamu ada masa visit la blog saya ye http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

Aini said...

insyalah akan digunakan jika hal ini berlaku....tq