Gerek VS kereta

NORA yang berasal dari Singapura melawat ibu saudaranya di Alor Setar, Kedah. Dia tinggal di rumah Mak Su selama 10 hari, lebih-lebih lagi sepupunya. Wani juga sedang menghabiskan cuti semesternya di rumah.

Pada suatu petang....

Mak Su: Tak pi mana ka ari ni?

Nora: Wani ajak pergi Penang malam ni.

Mak Su: Oooo, pi Penang! Syok tu, minggu ni ada Jom Heboh. Malam ni ada konsert.

Nora: Itulah sebabnya kami nak pergi, gerek tu.

Mak Su: Jangan pi ngan gerek, jauh tu ... letih, pukui berapa nak sampai! Pakai kereta Mak Su aja, nanti Mak Su habak kat Wani.

Nora: Baguslah kalau boleh pakai kereta Mak Su. Pasti gerek punya!

Mak Su: Tak payahlah ngan gerek, naik kereta ja ngan Wani.

Nora: Kalau tak gerek, saya tak mau pergilah!

Mak Su: Awat hang ni?! Penang jauh tau. Kalu ngan gerek, mau tiga jam baru sampai.

Nora: Tiga jam pun tak apa, asalkan gerek. Tapikan dekat aje Penang tu. Sejam aje boleh sampai kut?

Mak Su: Naik kereta sejam ka, sejam lebih sikit dah sampai. Tapi hang nak naik gerek. Tak taulah berapa jam baru sampai. Gerek pun dah tak da. Budak-budak dah tak pakai gerek lagi, depa pakat pakai moto. Mana hang nak cari gerek. Tiba-tiba Wani muncul ....

Wani: Apa yang kecoh-kecoh dua beranak ni?

Mak Su: Ni ha! Nora nak pegi Penang dengan gerek. Gila apa? Mak suruh naik kereta dia tak mau.

Wani: Kau dah gila ke Nora? Nak gi Penang naik basikal. Nak tengok konsert pulak tu! Habis melengas mekap tak tentu sampai lagi.

Nora: Bila pulak aku bilang macam tu? Tadikan Mak Su dah offer kereta dia?! Kita naik keretalah kau drive. Tak perlu susah-susah naik bas.

Mak Su: Tadi dia yang mati-mati nak pi ngan gerek. Alih-alih sekarang ni tak ngaku pulak. Pelik betui orang Singapore ni.

Glosari

Singapura

Gerek - seronok, gembira, meriah
Bilang - beritahu, cakap

Kedah

Gerek - basikal
Habak - beritahu
Pukui - pukul
Betui - betul

ps: mewahnyaa bahasa

2 comments:

Suziey Ahmad said...

haha..ko ni dh mcm cikgu bahasa dh:p
skang kt singapore mmg famos perkataan gerek tu..bermusim:p

-zalehaj- said...

hehe... every khamis aku post la psl bahasa2.. around M'sia, nk tunggu belek Berita Harian lmbt kot..