Hibiscus sabdariffa L.


Hibiscus sabdariffa L... tau ke aper benda nii.. nilah dia pokok roselle.. pokok ni br jer wujud kt umah aku..atas kerajinan mak aku..setelah diperkenalkan oleh akak aku laaa.. x bnyk mna pun mak aku tnm.. klu sekali kutip bunga dia.. leh la dpt sebotol jus dia ..Best sgt air roselle ni.. rasa sour2 gitu..cam air ribena pun ader gak.. kaler dia lain skit dr air sirap..

Info..

Dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Sumber : Roselle

p/s : blog aku dh jd cam library plak..hehe..

0 comments: